Make your own free website on Tripod.com

meditasiislam.jpg

kenali kami

Home | SOUL POWER | kenali kami | renungan | artikel pilihan | testimonial

 
Hanya Jiwa Yang Mantap Mampu Menjana Minda Yang Bertenaga Serta Kehidupan Berkualiti

Hidup di zaman yang serba moden hari ini dikatakan begitu memudahkan namun ironisnya ia juga membawa kepada bebanan mental yang hebat. Ianya memudahkan kerana pada dasarnya semua keperluan hidup manusa dari yang paling sederhana sampai yang paling mewah boleh diperolehi dengan pelbagai cara.

Ramai diantara kita menyedari bahawa keadaan telah banyak berubah. Kalau dulu kita dengan mudah menikmati kedamaian, ketenangan dan kebahagian, kini semuanya begitu sukar. Sekarang kita begitu terdedah kepada perasaan cemas, takut, khuatir dan seumpamanya tanpa mengetahui punca permasalahan sebenarnya. Perasaan demikian apabila dibiarkan berlaku dalam waktu yang panjang tanpa ada penyelesaian pasti akan membawa akibat yang kurang menguntungkan. Tekanan atau stress pasti semakin memupuk akan mengganggu keadaan kesihatan, fizikal dan mental.

Inilah keadaan yang melanda hampir setiap lapisan masyarakat akhir-akhir ini. Selain keadaan ekonomi yang tidak menentu, kehendak yang tinggi perbuatan yang tidak baik yang pernah dilakukan dahulu serta keadaan sosial politik global juga merupakan faktor-faktor dominan yang turut serta mewarnai suasana yang tidak kondusif bagi mencapai ketenteraman dan kedamaian merupakan pemicu ketegangan mental dan emosi.

Sejak zaman dahulu, iaitu kira-kira 3000 tahun sebelum Masehi para cendikiawan telah mempraktikkan meditasi atau meditasi yang pada dasarnya adalah untuk dapat mencapai ketenangan pada gelombang otak delta.

Tujuan yang paling utama tiada lain adalah memotivasikan diri atau menggerakkan masyarakat supaya jati diri mereka dibangunkan dan segera mencapai kejayaan hidup, agar setiap tindakan-tindakan serta langkah-langkah yang akan diambil sejak bangunnya jati diri merupakan kegiatan positif yang bermanfaat bukan saja untuk diri sendiri tetapi untuk agama, bangsa dan negara.

Manusia terdiri dari dua elemen utama iaitu zahir (fizikal) dan batin. Badan manusia terbentuk pada saat bertemunya sel telur dan sel mani. Pembentukan ini dipengaruhi oleh kekuatan atau energi dari fikiran, perbuatan, makanan dan suhu. Keempat-empat energi ini berinteraksi antara satu sama lain lalu menghasilkan getaran neutral, positif dan negatif. Getaran tersebut akan memberi pengaruh pada badan. Bila getaran negatif yang mendominasi maka kesihatan seseorang itu akan terganggu. Meditasi atau dengan kata lain adalah meditasi iaitu suatu latihan mengimbangkan keharmonian akal dan perasaan. Meditasi atau meditasi telah lama diamalkan sejak zaman berzaman. Meditasi merupakan cara untuk mengembangkan getaran positif hingga dapat digunakan untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit. Secara ilmiah ia telah terbukti sebagai satu jalan penyelesaian pelbagai masalah termasuk kerezekian serta menjana kekuatan minda yang sebenar.

Hasil rumusan dan pengalaman Dr. Azhar Hj.Sarip, Pengasas dan Master Trainer Meditasi Islam di Malaysia yang mendalam maka terciptalah suatu kaedah yang amat praktikal dalam mengatasi persoalan bebanan fikiran dan perasaan yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan di mana sahaja iaitu Meditasi Kesihatan. Meditasi Islam adalah satu teknik meditasi yang dapat diamalkan oleh semua tanpa dibatasi oleh agama dan kepercayaan. Latihan ini bertujuan untuk menguatkan fikiran melalui latihan konsentrasi agar fikiran lebih sedar dan bijaksana serta harmonis dan akhirnya mencapai kewaspadaan diri (self awareness)yang tinggi.

Semakin kerap kita melakukan meditasi semakin baik pengaruhnya, kerana energi negatif yang dipancarkan dari fikiran dan perasaan negatif dan memenuhi persekitaran akan diimbangi oleh pancaran energi positif sehingga menjadi neutral; pada saat itulah kekuatan negatif akan hilang diganti dengan kekuatan positif yang membahagiakan diri pengamal dan segenap anggota masyarakat


Copyright 2001 Dr.Azhar Hj.Sarip  All Rights Reserved

 

spiritual.nlp.my@gmail.com