Adakah Paksi Jiwa Sama Dengan Hypnosis Dan Ilmu Pengasihan?
TIDAK, ianya tidak sama dengan hypnosis kerana hypnosis memerlukan memerlukan subjek
menerima sugesti pengamal secara sukarela tanpa paksaan. Seterusnya hypnosis hanya akan bekerja pengamal berjaya untuk membawa
subjek ke minda bawah sedar. Jelas sekali ia tidak praktikal kerana jika kita berurusan dengan orang ramai tidak mungkin kita
dapat mengkhayalkan mereka sebelum membuat sugesti. Paksi Jiwa sebaliknya begitu praktikal kerana pengamal tidak perlu membuat
subjek khayal (separuh sedar) kerana ianya terus dapat mempengaruhi subjek agar dapat menerima cadangan pengamal. Dalam ilmu
pengasih atau magnetism, subjek mungkin tertarik kepada pengamal tetapi belum tentu dapat menerima cadangan pengamal. Kekuatan
Paksi Jiwa ialah kemampuannya mempengaruhi subjek agar memudahkan urusan.
Bolehkah Ianya Digunakan Untuk Pelbagai Tujuan?
BOLEH, kerana ianya teknik yang multifungsi. Jika anda seorang yang gemar melakukan
pengubatan secara alternatif, anda mampu melakukan imbasan (scanning) melalui kaedah kuasa niat, jika anda seorang
jurujual anda mampu mengubah tanggapan pembeli terhadap barangan anda, jika anak anda nakal anda mampu mengubah sikap anak
anda dalam masa yang singkat bahkan anda mampu membuka rahsia kecurangan pasangan. Tetapi jika anda mempunyai tujuan buruk
atau merosakkan ianya tidak akan berhasil kerana minda super sedar tidak menerima sifat negatif bahkan akan merosakkan fikiran
anda sendiri.
Apakah Perbezaan Kursus Meditasi Islam Dan Paksi Jiwa?
Secara mudah Kursus Meditasi Islam lebih mengutamakan kemantapan jiwa dan rohani dan Paksi Jiwa
adalah kursus yang mencorak hubungan anda sesama manusia. Jika keduanya digabungkan anda akan dapat mencapai suatu kekuatan
jiwa dan mampu mengubah corak kehidupan untuk menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat, insya Allah. Minda yang positif
tanpa jiwa yang mantap serta teknik yang canggih tidak mampu memberikan hasil yang anda inginkan.
Bila Saya Boleh Gunakan Teknik Meditasi Islam atau Paksi Jiwa?
Sejurus selepas mengikuti kursus sehari dari jam 9.30am hingga 5.30pm anda dapat terus menggunakannya.
Adakah Amalan Atau Bacaan Tertentu Untuk Diamalkan?
Anda harus mengikuti latihan jiwa murni yang kami ajar untuk memaksimakan hasil yang anda inginkan.
Ianya amat mudah kerana ianya bukan tenaga dalam atau minda bawah sedar. Dari segi bacaan, sebagai seorang Islam anda perlu
melazimkan amalan-amalan surah lazim yang anda sering amalkan seperti al-fatihah dan lain-lain. Tetapi ianya bukan kemestian.
Berapakah Harga Yuran Kursus?
Kursus ini bermula dari jam 9.30am hingga jam 5.30pm bertempat di pusat latihan kami atau
tempat-tempat yang terpilih. Kami juga ada menganjurkan kursus di kawasan lua K.Lumpur mengikut permintaan. Yuran kursus ialah
kursus Meditasi Islam ialah RM450.00, anda perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM100.00 dan bakinya
dibayar sewaktu hari kursus dan untuk Paksi Jiwa yurannya RM500.00, anda perlu membayar yuran pendaftaran
sebanyak RM100.00 dan bakinya sewaktu hari kursus.
Berapakah Harga Yuran Kursus Jika Saya Mengambil Kedua-duanya?
Jika anda ingin mengambil kedua-dua kursus ini secara berturut-turut, anda hanya perlu membayar
RM800 sahaja. Jika anda telah mengambil salah satu kursus dan ingin yang mengambil kursus seterusnya, contoh;
jika anda telah mengambil Meditasi Islam (RM450.00) dan 3 bulan kemudian anda ingin mengambil paksi jiwa, anda hanya
perlu membayar yuran paksi jiwa sebanyak RM450.00
RHB Bank: 1-62120-0004913-4
BCB Bank:
1244-0069917-52-4