meditasiislam.jpg

meditasi super sedar

Home | SOUL POWER | kenali kami | renungan | artikel pilihan | testimonial

 
Minda Super Sedar  Adalah Kesedaran Tertinggi Manusia. Pada Tahap Manusia Mencapai Kesedaran Super Sedar Ianya Ibarat Sebutir Bintang Yang Bersinar Di Siang Hari

Meditasi super sedar adalah satu kaedah meditasi yang tujuannya hanya untuk mencapai ketenangan jiwa. Kaedah ini juga salah satu daripada kelompok meditasi dikenali sebagai Transcendental Meditation (TM). Ianya adalah suatu proses membawa segala aktiviti minda ke satu arah dan seterusnya menyepikan minda dari fikiran aktif serta bebanan emosi. Setelah mencapai satu tahap super sedar seseorang itu akan mengalami keheningan diri yang memberikannya suatu pengalaman yang membawa kepada kekuatan jiwa serta motivasi diri. Meditasi yang mudah dan praktikal ini akan membawa seseorang itu kepada empangan kreativiti serta tenaga jiwa tanpa batas yang akan menjadi asas kepada keharmonian fikiran serta menjadi kunci kepada banyak penyelesaian masalah. Ini kerana minda akan mempunyai cukup tenaga dan berada pada tahap kesedaran tertinggi manusia yang membuatkan seseorang itu mempunyai kewaspadaan yang tinggi, kreativiti yang berkualiti. Sementara itu tubuh fizikal akan mendapat rehat yang cukup kerana segala tekanan serta beban emosi yang ditanggung telah keluar melalui minda super sedar. Dengan jiwa yang tenang maka terpancarlah emosi positif yang mampu mengubah corak kehidupan seseorang itu.

Baru-baru saya mengadakan kursus sehari meditasi Islam. Ramai diantara kita tidak mengetahui tentang kewujudan minda super sedar atau super conscious mind. Mungkin jenis minda ini baru untuk masyarakat Malaysia tetapi kini negera luar terutamanya negeri atas angin, minda super sedar telah menjadi trend untuk megubah corak serta taraf hidup baik dari segi kewangan atau lain-lain. Kekuatan jiwa yang dijana oleh minda super sedar sebenarnya adalah modal terpenting manusia. Jika kita menggunakan minda super sedar maka jiwa kita akan mantap dan kental dalam mengharungi apa jua masalah dan ini akan membawa kepada emosi positif yang menjana kepada ketenangan minda. Segalanya hendaklah bermula dengan ketenangan jiwa setelah itu barulah minda dan fizikal. Inilah yang dikatakan modal utama manusia untuk berjaya dalam apa jua bidang. Bermodalkan inilah kita lihat ibnu sina serta, imam al ghazali dan lain-lain cendiakawan berjaya memberi perubahan kepada dunia, mereka kesemuanya mempunyai jiwa yang tenang. Justeru itulah mereka dapat melihat sesuatu perkara itu dengan mendalam hingga melepasi batas akal manusia biasa.

PERBEZAAN ANTARA MINDA SUPER SEDAR DAN MINDA BAWAH SEDAR


SUBJEK

SUPER SEDAR

BAWAH SEDAR

  1. Pembukaan Chakra

Tidak Perlu

Perlu

  1. Visualisasi

Tidak Perlu

Perlu (Tanpanya Tak Jadi)

  1. Jurus

Tidak Perlu

Perlu (Utk Bangkitkan Tenaga)

  1. Kesedaran

Tertinggi

Sederhana

  1. Sumber Kekuatan

Jiwa (tidak terbatas)

Minda (terbatas)

  1. Kaedah Aplikasi

Kaedah Niat

Visualisasi

  1. Keletihan Minda

Tiada (bahkan bertambah segar)

Letih/Lesu

Minda bawah sedar ibarat alat-alat elektrik seperti tv yang canggih, namun jika tiada bekalan elektrik ianya hanya menjadi hiasan. Sumber untuk melihat kecanggihan tv tersebut ialah kuasa elektrik dan kuasa elektrik ini adalah minda super sedar. Jika minda kita tenang belum tentu jiwa kita tenang tetapi jika jiwa kita tenang sudah pasti minda kita tenang. Jika anda mengatakan minda anda pada tahap positif adakah kita masih merasa was-was dalam melakukan sesuatu, jika jawapannya ya maka sebenarnya jiwa anda masih bercelaru serta mempunyai emosi negatif. Perjalanan minda bawah sedar ialah membawa minda keluar manakala minda super sedar berjalan menuju ke dalam diri membetulkan jiwa yang bercelaru. Minda super sedar sebenarnya membawa kepada muhasabah diri yang mencorakkan hidup anda hasil ketenangan jiwa. Apabila jiwa anda tenang, emosi anda pasti positif barulah minda anda tenang dan turut menjadi positif. Emosi yang positif memberi anda banyak tenaga serta semangat untuk melakukan apa jua pekerjaan yang anda laksanakan.



jiwa mantap, minda hebat, hasil cemerlang
   great soul, great mind, great result