Hidup di
zaman yang serba moden hari ini dikatakan begitu memudahkan namun ironisnya ia juga membawa kepada bebanan mental yang hebat.
Ianya memudahkan kerana pada dasarnya semua keperluan hidup manusa dari yang paling sederhana sampai yang paling mewah boleh
diperolehi dengan pelbagai cara.
Ramai diantara kita
menyedari bahawa keadaan telah banyak berubah. Kalau dulu kita dengan mudah menikmati kedamaian, ketenangan dan kebahagian,
kini semuanya begitu sukar. Sekarang kita begitu terdedah kepada perasaan cemas, takut, khuatir dan seumpamanya tanpa mengetahui
punca permasalahan sebenarnya. Perasaan demikian apabila dibiarkan berlaku dalam waktu yang panjang tanpa ada penyelesaian
pasti akan membawa akibat yang kurang menguntungkan. Tekanan atau stress pasti semakin memupuk akan mengganggu keadaan kesihatan,
fizikal dan mental.
Inilah keadaan yang
melanda hampir setiap lapisan masyarakat akhir-akhir ini. Selain keadaan ekonomi yang tidak menentu, kehendak yang tinggi
perbuatan yang tidak baik yang pernah dilakukan dahulu serta keadaan sosial politik global juga merupakan faktor-faktor dominan
yang turut serta mewarnai suasana yang tidak kondusif bagi mencapai ketenteraman dan kedamaian merupakan pemicu ketegangan
mental dan emosi.
Sejak zaman dahulu,
iaitu kira-kira 3000 tahun sebelum Masehi para cendikiawan telah mempraktikkan meditasi atau meditasi yang pada dasarnya adalah
untuk dapat mencapai ketenangan pada gelombang otak delta.
Tujuan yang paling
utama tiada lain adalah memotivasikan diri atau menggerakkan masyarakat supaya jati diri mereka dibangunkan dan segera mencapai
kejayaan hidup, agar setiap tindakan-tindakan serta langkah-langkah yang akan diambil sejak bangunnya jati diri merupakan
kegiatan positif yang bermanfaat bukan saja untuk diri sendiri tetapi untuk agama, bangsa dan negara.
Manusia
terdiri dari dua elemen utama iaitu zahir (fizikal) dan batin. Badan manusia terbentuk pada saat bertemunya sel telur dan
sel mani. Pembentukan ini dipengaruhi oleh kekuatan atau energi dari fikiran, perbuatan, makanan dan suhu. Keempat-empat energi
ini berinteraksi antara satu sama lain lalu menghasilkan getaran neutral, positif dan negatif. Getaran tersebut akan memberi
pengaruh pada badan. Bila getaran negatif yang mendominasi maka kesihatan seseorang itu akan terganggu. Meditasi atau dengan
kata lain adalah meditasi iaitu suatu latihan mengimbangkan keharmonian akal dan perasaan. Meditasi atau meditasi telah lama
diamalkan sejak zaman berzaman. Meditasi merupakan cara untuk mengembangkan getaran positif hingga dapat digunakan untuk mencegah
dan menyembuhkan penyakit. Secara ilmiah ia telah terbukti sebagai
satu jalan penyelesaian pelbagai masalah termasuk kerezekian serta menjana kekuatan minda yang sebenar.
Hasil rumusan dan
pengalaman Dr. Azhar Hj.Sarip, Pengasas dan Master Trainer Meditasi Islam di Malaysia yang mendalam maka terciptalah
suatu kaedah yang amat praktikal dalam mengatasi persoalan bebanan fikiran dan perasaan yang boleh dilakukan oleh sesiapa
sahaja dan di mana sahaja iaitu Meditasi Kesihatan. Meditasi Islam adalah satu teknik meditasi yang dapat diamalkan
oleh semua tanpa dibatasi oleh agama dan kepercayaan. Latihan ini bertujuan untuk menguatkan fikiran melalui latihan konsentrasi
agar fikiran lebih sedar dan bijaksana serta harmonis dan akhirnya mencapai kewaspadaan diri (self awareness)yang tinggi.
Semakin kerap kita
melakukan meditasi semakin baik pengaruhnya, kerana energi negatif yang dipancarkan dari fikiran dan perasaan negatif
dan memenuhi persekitaran akan diimbangi oleh pancaran energi positif sehingga menjadi neutral; pada saat itulah kekuatan
negatif akan hilang diganti dengan kekuatan positif yang membahagiakan diri pengamal dan segenap anggota masyarakat
Copyright
© 2001 Dr.Azhar Hj.Sarip All Rights Reserved